Latar
Belakang
Norbana Binti Jaafar adalah seorang usahawan butik produk
kecantikan dan spa, beliau dilahirkan pada 13 Julai 1983 di Banting, Selangor
Darul Ehsan, beliau pada mulanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg.Besar,
Selangor dan melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sungai Manggis di
Banting Selangor. Di sebelah petang pula beliau ke sekolah pondok dari berumur
13 tahun sehingga 17 tahun. Setelah tamat persekolahan, beliau menyambung
pelajaran di Kolej Koperasi Polis di Selayang dalam bidang pengurusan dan
perniagaan selama dua tahun. Kini beliau berusia 33 tahun dan Beliau mempunyai
dua orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami Mohamad bin Abdullah.
Minat beliau pada kencantikan telah membuatkan beliau ingin
menceburi bidang kecantikan. Sehubungan dari itu beliau mula mengambil kursus
dalam bidang Jurukecantikan Solekan dan Mendandan Rambut di Pusat Kemahiran.
Beliau juga menyertai kursus-kursus keusahawanan dan perniagaan, beliau juga
banyak membantu pusat-pusat pengajian yang memerlukan tenaga pengajar dalam bidang
kecantikan. Penglibatan beliau dalam dunia
perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara
kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Hadir dalam keluarga yang
tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula
berniaga sejak berusia lapan tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di
Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan
sekolahnya membawa wang saku lebih RM1 manakala beliau hanya 50sen. Neneknya
juga seorang peniaga kecil-kecilan, meniaga di rumah dengan menjual pelbagai
jenis kerepek dan kacang. Beliau membantu neneknya melakukan kerja-kerja
pembungkusan dan berurusan dengan pelanggan. Sejak dari itu timbul minat ingin
mencuba berniaga di sekolah.
Penglibatan
Dalam Dunia Perniagaan
Bermulanya dengan langkah pertama beliau
membawa pelbagai jenis kerepek dan kacang untuk dijual di sekolah. Jika budak
lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun
untuk beliau, pasti ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan pelbagai jenis
kerepek dan kacang untuk dijual. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat
berkesan dan berhasil lantas memberi keyakinan semangat untuk melakukannya
sehingga ke peringkat sekolah menengah. Semasa di sekolah menengah beliau
mempelbagaikan jualan kerongsang, tudung serta barangan kosmetik dan produk
kesihatan.
Apabila habis zaman persekolahan, beliau
mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan
pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal di pasar-pasar tani, pasar
malam dan bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun
ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang
diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya,
malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya
tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga
dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula
menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Maluri, Kuala Lumpur.
Modal
Semangat dan cita-cita ingin menjadi
usahawan yang berjaya di usia muda serta tinggal di Kuala Lumpur membuatkan
beliau perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan. Setiap hujung minggu,
beliau membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada
swasta mahupun kerajaan. “Sambil menyelam minum air”, itulah yang beliau
amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa
bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM10
hingga RM20 sahaja.
Melalui bengkel yang dijalankan, beliau
mampu menjana pendapatan sehingga RM4000 sebulan. Selepas gigih menjual produk
daripada pelbagai jenama, terlintas difikiran beliau adalah lebih baik beliau
membuka butik produk kecantikan. Maka beliau mengambil langkah drastik untuk
mengeluarkan simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk membuka sebuah
butik produk kecantikan.
Walaupun sedar risiko muflis itu ada,
beliau berjaya mendapatkan sebuah kedai untuk dijadikan butik produk kecantikan
dengan kadar sewa yang rendah dan mula beroperasi namun selepas membuat kajian
selama beberapa bulan, butik produk kencantikannya berjaya dan mendapat
sambutan pelbagai kaum lelaki dan wanita yang bertempat di Maluri, Cheras,
Kuala Lumpur. Beroperasi
di lot kedai di tingkat satu dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai lima produk utama iaitu Rawatan Rambut, Produk
Pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita, Bengkung Ibu Bersalin, Lipstick
Kolegen dan kini butik produk kecantikanya telah mengorak langkah maju setapak
kehadapan dengan menambah pelbagai produk berjenama terkenal 100% Bumiputra.
Dalam masa yang sama beliau dapat membantu produk–produk keluaran Bumiputra
untuk dipasarkan dan menjadi pemborong dan stokis.
Beliau juga pernah mengalami kerugian yang hampir-hampir
membuatkan beliau menutup perniagaannya, peribahasa mengatakan langit tidak
selalunya cerah itulah adat perniagaan, untung dan rugi adalah asam garam dalam
perniagaan.
Kemerosotan Ekonomi
Pada tahun 2011 perniagaan beliau mengalami sedikit demi
sedikit perubahan perniagaan beliau mula mengalami kerugian dan kurang sambutan
tetapi beliau tabah dan menghadapi dengan tenang dan cuba mencari jalan untuk
bangkit semula. Dengan sokongan suami dan keluarga beliau bertahan untuk
beberapan bulan. Dalam situasi begini beliau terpaksa mengurangkan pengambilan
stok baru dan juga terpaksa melakukan kerja-kerja penghantaran sendiri bagi
menjimatkan perbelanjaan. Beliau juga terpaksa berhentikan beberapa orang
pekerja dan melakukan pelbagai kerja sendiri. Dari segi kewangan juga merosot,
simpanan yang ada bertambah berkurangan. Untuk menyelamatkan perniagaan, beliau
terpaksa mencari inisiatif lain bagi menanggung kos kerugian. Berberapa bulan
selepas itu beliau telah pergi ke putrajaya untuk berdaftar sebagai tenaga
pengajar dan diiktiraf untuk mengeluarkan sijil kepada pelajar yang tamat
kursus.
Perancangan seterusnya beliau telah menyewa satu kedai untuk
dijadikan tempat kursus. Beliau telah mengatur strategi, dan apa yang
dirancangkan berjalan dengan lancar,
beliau mula dengan mengadakan kelas kelas kemahiran sekaligus dapat menjual
produk untuk menstabilkan perniagaan beliau, dengan memberi peluang kepada
ibu-ibu tunggal dan anak-anak remaja lepasan sekolah untuk menceburkan diri
dalam bidang perniagaan produk kecantikan dan perawatan muka. Beliau dengan
gigih mengadakan kelas-kelas serta memberi bimbingan kepada sesiapa pun yang
ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bayaran yang berpatutan. Beliau
juga telah mengeluarkan beg rawatan muka serba lengkap yang berpatutan dan
mampu milik. Dengan adanya beg rawatan ini pelajar yang telah menamatkan kursus
dan boleh terus berniaga. Beg rawatan serba lengkap ini membawa sinar baru
kepada para peniaga yang baru berkecimpung dalam bidang ini kerana tidak
membebankan dan ini adalah sangat efektif murah dan sangat mudah digunakan.
Para peniaga hanya mengeluarkan modal beg sahaja peralatan sudah disediakan
bahan–bahan produk para peniaga boleh memilih produk jenama yang disukai dan
bersesuaian dengan jenis rawatan.
Beliau telah banyak membantu ibu tunggal untuk menceburkan
diri dalam perawatan muka rumah ke rumah dengan adanya set beg serba lengkap
yang mudah dibawa kemana-mana sahaja, dengan adanya kemahiran ini ibu-ibu
tunggal dapat menjana pendapatan sendiri.
Beliau bukan sahaja dapat bangkit semula malah dapat membantu golongan
yang memerlukan tunjuk ajar. Beliau tidak kedekut untuk mencurahkan ilmu dan
pengalaman beliau dalam bidang yang diminatinya.
Dari masa ke semasa beliau yakin perniagaan beliau
berpotensi berkembang maju kehadapan dan beliau mula mencari dana untuk membuka
cawangan di berberapa tempat di Kuala Lumpur untuk permulaan. Beliau telah
memohon pinjaman di bank untuk modal mengembangkan lagi perniagaan beliau
tetapi pihak bank tidak meluluskan pinjaman beliau kerana perlukan penjamin
atau tanah aset untuk loan dan sebagainya. Beliau tidak berputus asa begitu
sahaja, Beliau mencari alternatif lain jika gagal dan bukanya merungut.
Walaupun permohonan beliau untuk membuat pinjaman bank,
ditolak, beliau masih lagi mencari jalan dan akhirnya beliau cuba mendapatkan
pinjaman dari rakan-rakan terdekat, para peserta yang pernah megikuti bengkel
kecantikan beliau dimana beliau adalah pengajar jemputan. Semasa mengadakan
bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau telah menghubungi jenama-jenama
produk yang terkenal di Malaysia untuk berkongsi idea bersama untuk membantu
beliau. Beliau telah menunjukkan kertas-kertas kerja yang ditolak oleh pihak
bank. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang beliau anjurkan, semua berminat
dan yakin akan kewibawaan beliau untuk mengembangkan perniagaan beliau di
seluruh negeri.
Bagi sesetengah orang, memikirkan modal sahaja sudah
menakutkan untuk dicuba, tetapi bagi beliau itu adalah penambah semangat untuk
berjaya. Setelah mendapat modal sedikit sebanyak untuk dijadikan pelaburan
modal awal dan digabungkan dengan berberapa hasil simpanan. Jumlah
keseluruhannya terkumpul sekurang–kurangnya RM150 ribu. Beliau mula mengunakan
modal yang ada dengan menguatkan jenama dan promosi serta membuat iklan dan
mendapatkan ruangan pengiklanan dari syarikat-syarikat bekenaan. Bermulanya
dengan hanya beroperasi ditingkat satu beliau telah berpindah di lot kedai
bawah dan telah menyewa satu lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan
memudahkan semua rakan niaga berurusan. Sehingga ke hari ini beliau tidak lupa
jasa pihak-pihak yang telah membantu beliau.
Setahun kemudian perniagaan beliau
bertambah maju dan berkembang. Dalam tahun yang sama beliau telah membuka satu
lagi cawangan di sekitar Lembah klang. Selain cawangan butik produk kecantikan
yang diilhamkan oleh beliau. Beliau juga telah membuka spa rawatan kecantikan
yang diberi tagline “Kembali Remaja”. Beliau begitu bersungguh-sungguh
memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan. Spa rawatan kecantikan adalah untuk membantu
wanita dan tidak mengira usia sama ada bekerjaya tiada masa untuk meremajakan
diri di rumah boleh mendapatkan rawatan dan khidmat spa beliau. Menjaga
kecantikan dari hujung rambut hingga la ke hujung kaki adalah keutamaan beliau.
Bermulanya spa hanya untuk kaum wanita kini sudah ada spa untuk kaum lelaki
juga. Kini kaum lelaki juga boleh meremajakan diri di spa rawatan untuk lelaki.
Spa yang diilhamkan oleh beliau bukan sahaja meremajakan diri malahan untuk
menghilangkan stress seharian di tempat kerja. Setiap rawatan memiliki
kelebihan tersendiri. Beliau menggunakan bahan-bahan semula jadi yang
dihasilkan dari produk–produk keluaran bumiputra. Untuk memberi keselesaan dan
kedamaian di spa beliau. Beliau juga telah pergi membuat lawatan sambil belajar
ke luar negara yang memiliki spa–spa terkemuka, salah satu cara dekorasi hiasan
dalaman bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung.
Apabila
sambutan yang diterima sangat mengalakkan beliau terpangil untuk membuka spa di
hotel terkemuka di Malaysia. Beliau rasa diperingkat ini beliau masih perlu
belajar dan terus belajar. Apa yang beliau miliki kini, masih terlalu jauh
kerana beliau juga mempunyai cita–cita untuk menghasilkan produk sendiri dan
jadi lebih maju serta berjaya dalam bidang produk kecantikan dan kesihatan.
Dalam beberapa tahun beliau membuat kajian tentang produk-produk yang ada
dipasaran beliau juga melawat kilang-kilang penghasilan produk–produk
kesihatan. Beliau juga telah banyak belajar tentang beberapa produk terkenal di
Malayasia tidak asing lagi beberapa jenama terkenal sehingga ke hari ini
seperti Mustika Ratu, Terlajak Laris, QuPuteh, D’HERB dan lain-lain lagi. Dari
situ semangat untuk menghasilkan produk sendiri semangkin kuat.
Pada pertengahan tahun 2013 beliau lihat permintaan
penjagaan ibu selepas bersalin mendapat tempat dihati pelanggan dan tidak
mengira bangsa. Timbulnya minat dan ilham untuk menghasilkan set penjagaan ibu
selepas bersalin dari set penjagaan tersebut termasuklah jamu, tungku dan
bengkung. Beliau mula berusaha mendapatkan maklumat tentang penjagaan dalaman
serta luaran ibu selepas bersalin. Setelah cukup maklumat yang diperolehinya
beliau mula mencari tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh orang dahulu kala
semasa penjagaan dalam pantang dan dibawa ke lab untuk di ujikaji. Beliau
banyak membuat kajian tentang tumbuh-tumbuhan bagi merawat luka-luka dalaman,
membuat kajian tentang penggunaan tumbuhan herba sebelum dan selepas penggunaan
serta tempoh tarikh luput. Dan setelah beberapa adunan yang telah diuji kaji
akhirnya beliau berjaya menemui apa yang dicari dalam pencarian mencipta jamu
yang boleh merawat dalaman serta dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan.
Bukan mudah bagi beliau untuk mendapatkan bahan bahan yang
bermutu tinggi beliau terpaksa merantau jauh ke negara asing seperti India, Thailand
dan Indonesia, pelbagai halangan dan rintangan tidak sedikit pun mematahkan
semangat beliau malah dorongan kuat dari suami dan keluarga membuatkan beliau
berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Selepas mendapatkan bahan-bahan
yang bermutu tinggi beliau berusaha pula untuk mencari tempat pemprosesan yang
bersesuaian dari mula pemprosesan sehinggalah pembungkusan. Usaha pencarian
beliau tidak berakhir di situ sahaja malah beliau dapat mencari kilang yang
didapati bersesuai dengan tujuan, hasil daripada pengenalan dari seorang
sahabat. Kilang tersebut akan dijadikan tempat pemprosesan jamu jenama sendiri
yang akan dikeluarkan nanti.
Bekalan pembuatan kain bengkung pula beliau telah memilih
kain bengkung yang berkualiti dan dijahit dengan kemas dan selesa oleh tukang
jahit yang berpengalaman dalam menjahit pakaian dalam wanita yang sangat
menitik beratkan keselesaan si pemakai. Beliau juga telah mencubanya sendiri
dalam beberapa bulan untuk memastikan ketahan kain. Kain tersebut yang diimport
dari Dubai telah memberikan kelainan yang sangat berbeza senang diuruskan tidak
mudah kulat dan senang dipakai. Reka bentuk yang sangat moden juga boleh
dipakai sesiapa sahaja yang mempunyai masalah perut buncit. Bahan tungku pula
beliau dapatkan daripada bahan-bahan yang selamat digunakan. Keistimewaan produk yang beliau ciptakan
ialah setiap bahan yang digunakan telah diuji terlebih dahulu dan beliau
sendiri telah mencuba dan membuat perbandingan dengan produk lain.
Promosi dan pengiklanan
Bulan Ogos 2014 beliau mula menubuhkan Syarikat sendiri
untuk mengukuhkan lagi perniagaannya dalam bidang perniagaan, Syarikat yang
dikenali sebagai NM Damai Resourses telah ditubuhkan dan beliau telah mula
menghasilkan rekaan bengkung ibu bersalin jenama sendiri dan set perawatan
serta penjagaan, pelangsingan selepas bersalin. Pada peringkat awal pengenalan
jenama NMD ini, pelbagai kerja dilakukan sendirian termasuk mengelilingi
Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukan serentak termasuk
menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan
jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu
milik segenap lapisan masyarakat. Menjadikan diri sendiri sebagai jurucakap
produknya.
Istimewanya lagi mengenai produk
beliau adalah bahan–bahan 100 peratus berasaskan tumbuhan herba dan juga murah
berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk NMD boleh didapati dengan
harga RM80 di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani,
farmasi, kedai jamu, dan pusat jualan NMD sendiri. Untuk menguatkan lagi
jenama produk keluaran syarikat beliau
pengiklanan adalah pilihan utama dengan mendapatkan ruang pengiklanan dari
syarikat-syarikat berkenaan seperti di majalah dan akhbar yang terlaris di
Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni dan Metro di mana
iklan beliau telah disiarkan setiap
minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada syarikat. Beliau juga
telah bersiaran di radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Lebih membanggakan NMD menjadikan
tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei
sehingga menjadi bualan masyarakat. Pemasaran adalah nyawa perniagaan Itulah
yang dilakukan oleh beliau bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan disamping
membina kepercayaan dikalangan para pelanggan.
Antara hasil kempen pemasaran yang paling efektif adalah menghasilkan
slogan “Kembali Ramping”. Yang memberi impak menakjubkan kepada perniagaan
beliau. Bagi menarik perhatian orang ramai, pengasas produk ini sendiri iaitu
Norbana Binti Jaafar selalu menggunakan taglinenya “Kembali Ramping” bagi
menarik orang ramai terhadap produknya. Walaupun pada mulanya ada pihak yang
menyampah kini tidak lagi. Dan siapa kata slogan hanyalah perkataan main-main, namun
perlu dipandang serius untuk menarik pelanggan seramai mungkin. Beliau juga
tidak sombong dan sentiasa mesra pelanggan antara penyumbang terbesar kepada
wujudnya syarikat NMD adalah mereka terdekat yang sudi meminjamkan wang dan
melabur untuk perniagaan beliau. Bagi beliau adalah jasa tidak terhingga mereka
kepada NMD malah beliau sendiri sentiasa mengucapkan terima kasih dan melayan
mereka dengan baik. Walaupun beliau sudah berada di puncak kejayaan.
Kini syarikat beliau sudah berpindah ke bagunan empat
tingkat dengan seramai 12 orang kakitangan serta telah menambah lagi satu
cawangan baru jumlah kesemuanya tiga cawangan butik produk kecantikan disetiap
daerah beserta dengan rangkaian produk baru yang dihasilkan sendiri disamping
menambah produk–produk dari jenama–jenama terkenal lain juga. Setiap cawangan
mempunyai sekurang kurang 1000 jenis produk dari pelbagai jenama bermula dengan
penjagaan kesihatan sehingga la untuk menjaga penampilan. Khas untuk lelaki dan
wanita tanpa mengira usia.
Beliau mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya. Menjadikan
empayar kosmetik Coswe, Avon sebagai tanda aras beliau berharap dapat
mengembangkan jenama NMD sebagai satu jenama global. Disamping itu, beliau
turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 10 jenis produk lagi pada masa akan
datang bagi memberi lebih pilihan kepada para pengguna. Sambutan yang luar
biasa membuatkan beliau berani mengembangkan lagi perniagaan dengan memberi
khidmat rawatan selepas membeli produk rawatan yang ditawarkan seperti mandian
dan urutan juga disediakan kepada ibu selepas bersalin.
Hasil produk beliau juga terdapat disetiap cawangan yang ada
di Malaysia. Bukan itu sahaja jenama produk beliau juga mendapat permintaan
yang tinggi oleh jenama produk lain.
Beliau kini sudah boleh berbangga dengan pencapaian yang diperolehi
walaupun belum sampai dikemuncak. Pengalaman yang beliau miliki kini dapat
mematangkan beliau dalam bidang yang diceburi. Beliau masih mempunyai azam
untuk memiliki kilang sendiri dan sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang masih
belum tercapai walaupun beliau telah pun menghasilkan produk jenama sendiri.
Beliau masih belajar tentang penghasilan produk kursus untuk pengilangan produk
kesihatan dan kecantikan. Beliau juga
ingin membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk
menghasilkan produk di bawah syarikat beliau. Menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk
penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan
pelanggan masih belum tercapai. Walau bagaimanapun beliau tetap berusaha
memperkasakan lagi produk keluaran syarikat beliau.
Wawasan, Misi dan Objektif Syarikat
Pada masa kini NMD telah menjadi satu jenama yang semakin
mendapat tempat di hati pengguna sama ada di Malaysia , Singapura dan Brunei
dan syarikat ini juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang
terkenal suatu hari nanti di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat
syarikat NMD sehingga ke seluruh dunia. Syarikat NMD mempunyai misi dan visi
serta objektif antaranya ialah
Misi
Syarikat
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah
kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya.
Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan menjual produk
daripada NMD.
Visi
Syarikat
Visi Utama NMD adalah untuk menjadi sebuah syarikat single
level yang mengeluarkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep
terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik
dari segi pengurusan, berkesan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu
dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntugan
bagi kedua-dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Objektif
Syarikat
1.
Membantu masyarakat merawat wajah
luaran dan dalaman.
2.
Memberikan perkhidmatan selepas
jualan.
3.
Mempunyai konsep kedai yang kemas,
menarik, bersih dan ceria.
4. Memberikan produk yang terbaik untuk
pelanggan untuk masa jangka panjang.
5. Megedarkan
produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran
khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi
memudahkan pengguna (One Stop Center).
6.
Membesar menjadi sebuah syarikat
sendirian berhad.
7.
Menjadi sebuah syarikat bumiputera
yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini suka hidup
bermasyarakat semua usaha yang dilakukan bukan sahaja untuk dirinya sendiri
malah membantu lebih ramai usahawan-usahawan yang ingin berjaya seperti beliau.
Beliau juga menerapkan pendekatan supaya anak–anaknya hidup berdikari. Sejak
kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah. Bagaimanapun
beliau berkata pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi pendidikan
setinggi yang mungkin. Bukan semua anak beliau yang terlibat dalam perniagaan.
Anak sulung sahaja yang menunjukkan minat. Bercerita tentang pengalaman
menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu
dan mencuri. Macam–macam cara orang hendak menipu dan beliau pernah menangkap
pekerja yang menjual produk yang dimasukkan ke dalam beg sandang. Ketika
kebanyakan wanita yang seusianya menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah.
Beliau sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan.
Beliau bukan sahaja menjadi Pengarah syarikat kepada jenama NMD beliau juga ibu
dan isteri. Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu
tunggal membuatkan beliau berhasrat untuk menubuhkan yayasan satu hari nanti
bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai.
Niat
beliau adalah bertujuan untuk berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri tetapi
untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal yang
menikmati kehidupan yang lebih baik. Beliau juga berkongsi pengalaman berniaga,
termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan
masyarakat islam khususnya orang melayu betapa perlunya mengamalkan sikap
tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bidang
keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan
sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai
usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Maju dan
mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung usahawan yang dinamis dan
berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan
Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan
pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting
dalam pembangunan usahawan.
Budaya keusahawanan ialah sifat-sifat
positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal dan sentiasa
bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan aset untuk
berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu dipupuk
bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang
dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya
ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program,
seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan
mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting
dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya
mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan
semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain
seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.
Pembudayaan keusahawanan melahirkan
usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang
permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan sedia
bertanggungjawab terhadap kesan yang diterima oleh masyarakat akibat daripada
kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui pembudayaan
keusahawanan membolehkan usahawan mengemblengkan serta memanfaatkan potensi,
reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri sendiri, perniagaan,
pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya. Maka dapatlah kita simpulkan
bahawasanya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ini bukanlah senang tetapi
memerlukan usaha yang kuat, berani menghadapi risiko dan yang paling penting
ialah tidak mudah putus asa.
No comments:
Post a Comment